permohonan untuk berpindah ke kelab penyandang juara Liga Perdana Inggeris itu.
Menurut laporan akhbar itu, rundingan antara kedua-dua kelab berhubung urusan pembelian pemain tersebut telah memasuki ke peringkat akhir sekarang.
Mata berhadapan dengan krisis sebaik sahaja Jose Mourinho kembali memimpin Chelsea awal musim ini.
Mourinho tidak melihat Mata memenuhi kehendaknya sebagai perancang tengah pasukan sebaliknya dia lebih mempercayai Oscar, Edin Hazard dan Willian sebagai pilihan pertamanya.
Sejak musim baru bermula, Mata hanya berpeluang bermain sepenuh masa dalam tiga perlawanan sahaja dan secara keseluruhannya hanya bermain dalam 11 perlawanan liga sedangkan selama dua musim berturut-turut dia muncul sebagai pemain terbaik Chelsea.
Situasi yang sedang dihadapinya sekarang bukan sahaja menimbulkan rasa resah malah menjejaskan peluangnya untuk terpilih mewakili Sepanyol di pusingan akhir Piala Dunia Jun nanti.
Selain United lain-lain kelab yang menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya ialah Paris Saint-Germain dan Atlético Madrid.
Tetapi yang membezakan mereka dengan United ialah, kelab-kelab ini hanya berminat untuk mendapatkan khidmatnya secara pinjaman kerana kos pembelian yang terlalu tinggi.
Skuad David Moyes perlu menghabiskan baki perlawanan yang masih tinggal musim ini semaksimum yang boleh kerana mereka kini ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu liga dan enam mata di belakang tempat keempat bagi membolehkan mereka layak ke kejohanan Piala Eropah musim depan.
Kegagalan untuk melayakkan diri ke kejohanan Eropah musim depan bukan sahaja akan mencalarkan imej dan jenama Manchester United itu sendiri malah akan menjejaskan prestasi kewangan mereka menerusi royalti siaran langsung dan juga kutipan jualan tiket.
Bagaimanapun sama ada United berjaya memiliki Mata bergantung juga dengan keputusan Mourinho. Jika dia enggan melepaskan Mata, sesiapa sahaja boleh melupakan hasrat tersebut.
Ini kerana Mata masih memiliki baki kontrak dengan Chelsea sehingga 2016.
Hanya bayaran yang luar biasa sahaja atau pertukaran pemain misalnya dengan Wayne Rooney yang dapat membuka peluang United mendapatkan khidmat Mata.
Jika Mata menyertai United dengan yuran perpindahan yang dipersetujui buat sementara waktu ini, bermakna dia akan mengatasi rekod £30.7 juta yang United bayar untuk mendapatkan Dimitar Berbatov dari Tottenham Hotspur pada 2008.
Dan jika dilihat situasi semasa sekarang, United akan bersedia melabur apa sahaja asalkan pemain baru yang dibawa masuk dapat menyelamatkan maruah kelab itu musim ini.
Kini Juan Mata Sr, iaitu bapa kepada Mata bertindak sebagai ejen perunding bagi pihak anaknya dan hanya United yang bersedia untuk menyelamatkan karier anaknya menjelang Piala Dunia di Brazil Jun nanti.
No comments:
Post a Comment