Sunday, September 15, 2013

FOKKER 50 MAS TERHEMPAS DI SABAH SUATU KISAH


Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Hari ini genaplah 18 Tahun kejadian yang menyayat hati dimana berlaku suatu tragedi sebuah pesawat FOKKER 50 milik Syarikat Penerbangan MAS yang berlaku di Lapangan Terbang Tawau...

15 SEPTEMBER 1995......
Suasana di Lapangan Terbang Tawau, Sabah kecoh pada tengah hari Jumaat, 15 September 1995. Orang ramai yang berada di dalam dan sekitar lapangan terbang itu tergamam, lebih-lebih penduduk perkampungan setinggan di tepi kawasan itu.
Ketika jam menunjukkan jam 12.55 tengah hari, satu tragedi dahsyat berlaku di kawasan berkenaan. Pesawat Fokker 50 Penerbangan Malaysia (MAS) yang baru mendarat di lapangan terbang itu, terbabas arah sehingga merempuh kira-kira 20 rumah setinggan di Kampung Seri Menanti yang terletak di hujung landasan.

Kejadian cemas itu menyebabkan penumpang menjerit panik di dalam pesawat. Mereka menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap kapal terbang berkenaan.
Bagaimanapun, jeritan itu tidak lama apabila kira-kira 10 minit kemudian, satu letupan kuat kedengaran sehingga menggemparkan penduduk sekitar yang pastinya sama sekali tidak menyangka kemalangan seumpama itu berlaku pada hari berkenaan.

Selepas itu, penduduk yang masih terkejut menyaksikan tragedi itu melihat api mula menjulang di sebelah kanan pesawat. Kekhuatiran mula meresap pada minda tatkala memikirkan kebakaran akan menyambar penumpang di dalam pesawat.
Beberapa penduduk yang khuatir ketupan dan kebakaran akan merebak, bertempiaran lari menyelamatkan diri dalam suasana kecoh. Jeritan penduduk meningkah bunyi letupan yang menggegarkan kawasan sekitar.
Dalam usaha itulah, sebaik keluar dari rumah masing-masing, letupan menyebabkan serpihan kayu dan pelbagai objek lain melayang ke merata arah sehingga mencederakan penduduk. Bahang api turut menyambar jasad sehingga menyebabkan tubuh melecur.

Pada pukul 1.06 minit petang, bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu. Bersama tiga jentera dan 26 anggota, mereka bergegas ke tempat kejadian dan tiba di lokasi kemalangan empat minit kemudian.
Dibantu empat jentera bomba lapangan terbang, usaha memadamkan api yang semakin marak membaluti pesawat selain gerakan menyelamatkan mangsa segera dilakukan.
Mayat pertama dikeluarkan daripada bangkai pesawat pada jam 2.50 petang. Rempuhan pesawat terhadap 20 rumah setinggan menyebabkan sekurang-kurangnya 10 penduduk kampung itu cedera dan dikejarkan ke Hospital Tawau.

Pesawat yang terhempas itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 11.50 pagi dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Tawau pada jam 12.45 tengah hari.
Fokker 50 mendarat di landasan 35 Lapangan Terbang Tawau dan terbabas kira-kira 500 meter sebelum merempuh kawasan setinggan.
Selepas empat jam berusaha, barulah bomba dapat mengawal api dan kebakaran pesawat itu padam sepenuhnya jam 5.30 petang. Pasukan penyelamat dan orang ramai segera memenuhi kawasan kemalangan bagi memulakan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.
Operasi merekodkan seramai 34 daripada 53 orang yang berada di dalam kapal terbang berkenaan hangus manakala seorang penumpang masih belum ditemui.

Bagaimanapun, 18 orang yang sempat bergegas keluar menerusi pintu kecemasan sebaik pesawat berhenti bergerak, terselamat.
Penumpang yang terselamat menceritakan yang mereka mula menyedari kemalangan akan berlaku beberapa saat selepas pesawat mencecah bahagian tengah landasan.
Ini disebabkan sebaik mendarat, pesawat terus terbabas dan meluncur melampau jarak pendaratan kerana landasan pendek. Bahagian depan kapal terbang itu melampung beberapa kali ketika juruterbang dipercayai cuba menghentikannya.

Bagaimanapun, pesawat terus meluncur sehingga ke pagar kawasan landasan sebelum merempuh rumah setinggan di kampung berkenaan.
Sebaik pesawat berhenti bergerak, mereka melihat api muncul di bahagian depan dan sebelah kanan pesawat sehingga ramai penumpang mulai panik, menjerit dan menangis.
Beberapa penumpang yang berada di barisan belakang dan berhampiran pintu kecemasan segera membuka pintu itu dan bergegas keluar daripada pesawat kerana khuatir keadaan lebih bahaya akan berlaku.
Kira-kira 10 minit selepas mereka keluar, pesawat itu meletup.

FAKTA: Urutan Peristiwa
- Berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 11.50 pagi
- Pesawat bergegar, bahagian depannya melambung beberapa kali ketika mencecah landasan Lapangan Terbang Tawau kira-kira jam 12.55 tengah hari.
- Pesawat terbabas dan melanggar pagar sebelum merempuh rumah setinggan.
- Letupan diikuti kebakaran.


Penerbangan tidak ikut prosedur ditetapkan

Sehingga 17 September 1995, pihak penyelamat masih bingung memikirkan misteri kehilangan seorang lagi mangsa tragedi letupan pesawat Fokker 50 Penerbangan Malaysia (MAS) di Kampung Seri Menanti yang terletak bersebelahan Lapangan Terbang Tawau.

Rekod operasi yang mereka jalankan mendapati 34 penumpang rentung manakala 18 lagi berjaya menyelamatkan diri sebelum pesawat itu meletup dan terbakar; tetapi di mana seorang lagi?


Pada pagi 16 September 1995, berita tragedi kemalangan kapal terbang itu mula memenuhi dada akhbar selain dilaporkan menerusi televisyen dan radio.

“Seramai 34 korban Fokker terhempas”. Begitulah tajuk Berita harian yang melaporkan tragedi berkenaan. Selain rentetan kejadian, pengakuan mangsa terselamat serta saksi kejadian, turut dipaparkan dalam akhbar adalah nama mangsa termasuk mereka yang terkorban.


Pagi itu juga, seorang lelaki kelihatan mundar-mandir di kawasan hospital di daerah itu. Kemudian lelaki itu berjumpa dengan pegawai bertugas dan mula memberitahu – dia adalah antara mangsa nahas Fokker 50 yang terselamat.

Kenyataan lelaki itu sekali gus menyelesaikan misteri dan kebingungan pihak berkuasa berhubung kehilangan misteri seorang daripada mangsa pesawat berkenaan. Dengan tampilnya lelaki itu, Haruni Ladai, ia mengesahkan hanya 34 penumpang saja terkorban dalam tragedi itu.

Menceritakan misteri kehilangannya, Haruni dilaporkan berkata, sebaik berjaya keluar daripada pesawat yang terbabas, dia terus menahan teksi dan segera pulang ke rumahnya di Kampung Tanjung Batu Darat, kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.


Beliau terus balik kerana begitu terkejut dan ingin segera bersama keluarganya selepas menganggap dirinya baru saja terlepas dari maut.

Dia mula menyedari yang pihak berkuasa tercari-cari kehilangannya selepas mendapati namanya disenaraikan sebagai penumpang yang terkorban. Dia kemudian tampil bagi menyatakan dirinya terselamat dalam tragedi itu kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, gerakan mencari dan menyelamat mangsa yang mungkin terselamat dalam nahas pesawat Fokker 50 di perkampungan setinggan itu dihentikan tengah hari, sehari selepas hari kejadian.

Pasukan mencari dan menyelamat menghentikan gerakan 24 jam selepas mendapati tiada mangsa terbaru ditemui di tempat kejadian.

Seterusnya perhatian ditumpukan kepada usaha mengenalpasti identiti semua mangsa yang hangus terkorban.


Sepasukan ahli patologi, forensik dan pakar pergigian, tiba pada tengah hari, hari kedua kejadian untuk membantu polis mengenal pasti mayat menerusi rekod pergigian dan pelbagai tanda lain.

Bedah siasat kemudian mendapati hampir semua mangsa yang dikenalpasti terbunuh akibat terhidu asap tebal, gas combustion dan melecur serius. Semua yang terbunuh adalah penumpang, juruterbang dan anak kapal.

Pagi 17 September, empat pakar daripada Fokker Aircraft Company, Belanda tiba untuk membantu siasatan nahas pesawat Fokker 50 itu manakala kotak hitam pesawat itu dihantar ke London untuk dianalisis.


Majlis Perbandaran Tawau kemudian mengesahkan 53 rumah musnah dalam nahas itu membabitkan 62 keluarga.

Akhirnya, pada 20 Mei 1998, iaitu selepas hampir tiga tahun, hasil siasatan mengenai punca tragedi kemalangan itu diumumkan kepada orang ramai.

Siasatan mendapati nahas itu berpunca daripada kesilapan manusia manakala pesawat Fokker 50 dalam keadaan baik dan bukan antara penyebab nahas.

Sebaliknya, kesilapan juruterbang dan kegagalan pembantunya memberi amaran selepas menyedari penerbangan mereka tidak mengikut prosedur, dikenal pasti sebagai punca utama nahas Fokker 50 MAS. 


Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.....
Continue Reading...

Thursday, July 11, 2013

KAWAN TIKAM BELAKANG SAKIT X???

Assalamualaikum W.B.T
Selamat petang semua... Urmmm ari nih kalau x silap adik2 yg mana tinggal kat asrama tu dah kena balik semula kan coz esok nak sekolah. Hahaaha padan muka korang, cukup2 la bercuti tu. Alahai rindu betul kehidupan masa sekolah dulu.

Tiba-tiba hari ni rasa nak update blog,, lama sangat aku tak bukak blog ni. Sibuk sangat lah sekarang, takde masa sangat nak update blog, sebab kalau aku nak update, makan masa yang agak lama sampai berjam-jam..hahahhaha. Saya tak pro macam awak-awak semua. Cube korang tgk pic kat bawah nih.

Saja ja aku amik gambar nie. Biasalah "KAWAN" tikam belakang. Aku rasa ramai dah biasa    "KAWAN" tikam belakang ni kan. Memang sakit kena tikam belakang ni. Bukan sakit sikit2 ni tahap melampau-lamapu. Sebab tu ada orang selalu cakap jangan mudah sangat percaya dengan   "KAWAN". Siapa yang x sedih kalau  "KAWAN" kita yang kita percaya, depan kita baik je, belakang bukan main kutuk bagai semua. X semengah, Hahahhaa....
Kalau anda2 semua nak tahu dekat universiti ni macam-macam jenis  "KAWAN" aku jumpa, jenis  "KAWAN" tikam depan-depan, "KAWAN" tikam belakang,  "KAWAN" depan baik belakang mengata,  "KAWAN" jenis belakang mengata macam berani tapi bila dah berdepan tanak bagi tahu, "KAWAN" yang nak melaga-lagakan kita dengan orang lain dan banyak lagi lah jenis "KAWAN" kat dunia ni. Sedih dengan "KAWAN"macam ni.


Bagi aku kawan yang tikam belakang ni bukan kawan yang baik. Kalau kawan yang baik mana wat macam ni betul x?
Dalam persahabatan, janagn dengki berdengki. Sebab sifat dengki ni lah wujudnya "KAWAN TIKAM BELAKANG". Bak kata orang inggeris "BACKSTABBER"

Apa-apa pun,perjalanan masih jauh dan banyak yang harus dipelajari dan ini semua merupakan salah satu pengalaman dalam meneruskan hidup yang kita tidak tahu apa yang akan berlaku selepas saat2 ini.
Winkwink.......

Continue Reading...

Thursday, June 13, 2013

AKTA TANAH "GSA" ~ SEJAUHMANA WARGA FELDA FAHAM??



Assalamualaikum W.B.T
Selama ini kita hanya tahu menyebut akta tanah GSA
 (Group Settlement Act @ Akta Penempatan Berkelompok)  tapi tak tahu kandungannya. Apabila ditanya kepada peneroka generasi pertama tentang apa-apa perjanjian yang telah ditandatangani mereka, mereka mengatakan mereka pernah menandatanganinya semasa hendak masuk FELDA dahulu. Tetapi tidak seorangpun yang memegang sesalinan perjanjian tersebut. Jadi, rujuk dan fahamilah tentang Akta Tanah GSA ini sebagai panduan.

LATAR BELAKANG
Akta ini telah digubal pada tahun 1960 selaras dengan peruntukan dibawah artikel 76 Perlembagaan Persekutuan. Semasa penggubalannya akta ini dikenali sebagai Akta 13 yang mula berkuatkuasa pada 30.5.1960 di Semenanjung Malaysia kecuali di Pulau Pinang dan Melaka (1.1.1966).
Akta ini hanya berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia kerana Sabah dan Sarawak mempunyai peruntukan-peruntukan undang-undang tersendiri. Akta ini telah dipinda beberapa kali. Diantara pindaan yang terlibat ialah :-
  1. Akta 51/65 yang berkuatkuasa pada 15.9.1965, melibatkan pihak FELDA.
  2. Akta 521. – 29.5.1981
  3. Akta 541. – 14.5.1982
  4. Akta 853. – 16.7.1993

Akta ini kemudian menjalani semakan tahun 1994 dan kini dikenali sebagai Akta 530 yang mula berkuatkuasa pada 12.12.1994. Selepas semakan ini, Akta GSA dipinda lagi melalui pindaan A950 yang berkuatkuasa pada tahun 1996.

MATLAMAT UTAMA AKTA TANAH
  1. Mewujudkan satu penempatan baru secara terancang dengan menyediakan sumber-sumber ekonomi melalui pembukaan ladang-ladang.
  2. Membasmi kemiskinan terutama bagi penduduk- penduduk kampong tradisional.
  3. Mengatasi masalah kelaparan tanah dan agihan tanah yang tidak merata.
  4. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi berasaskan pertanian dan eksport.
  5. Menggalakan perindustrian berasaskan pertanian.

KANDUNGAN AKTA
Terdapat 48 Seksyen dan 2 jadual. Pembahagian seksyen secara am adalah seperti berikut :-
Bahagian 1. – Permulaan.
Bahagian 2. – Penempatan Berkelompok.
Bahagian 3. – Pegangan Desa.
Bahagian 4. – Pendudukan, Pegangan Desa dengan Harapan Hakmilik.
Bahagian 5. – Pegangan Bandar.
Bahagian 6. – Am.
Bahagian 7. – Kawasan Pembangunan Persekutuan.
Bahagian 8. – Penyerahan Hak oleh penduduk mengharapkan hakmilik.
Bahagian 9. – Penamatan.

Di dalam akta ini juga terdapat 2 buah jadual iaitu Jadual Pertama yang berkaitan dengan penggunaan borang dan Jadual Kedua berkaitan dengan penyesuaian-penyesuaian dengan kawasan pembangunan Persekutuan.

BEBERAPA ISTILAH JAWATAN PENTING
Pemungut – sebarang Pentadbir Tanah (PT), Pegawai Tanah, Pegawai Daerah ataupun pegawai lain yang dilantik di bawah undang-undang tanah negeri termasuklah Penolong PT atau Penolong Pegawai Daerah.
Pengarah – pegawai yang dilantik oleh PBN sebagai Pengarah bagi maksud akta ini. Biasanya PTG bagi setiap negeri.
Pengurus – dilantik oleh Pihak Pembangunan Persekutuan mengikut Sek.36 bagi sesuatu kawasan pembangunan.
Pengerusi – FELDA dan FELCRA
Menteri – KTPK

BEBERAPA KONSEP PENTING
Bayaran tahunan disatukan. Bayaran tahunan yang dikenakan di bawah seksyen 20 meliputi pegangan desa dan pegangan bandar. Unsur-unsur bayaran ini ialah :-
  1. premium
  2.  cukai tanah
  3.  bayaran ukur
  4.  bayaran perkhidmatan, harga alat dan perkakas

Untuk tanah pegangan desa – bayaran secara ansuran dan bagi tanah pegangan bandar pula cara bayaran ialah sekaligus. Jika ingkar pembayaran, boleh dianggap sebagai melanggar syarat.

Kawasan Pembangunan Persekutuan –
Bermakna suatu kawasan penempatan yang diistiharkan melalui warta di bawah seksyen 4 bagi kegunaan-kegunaan di bawah sek.34(2).
Kawasan Pembangunan Negeri –
Bermakna kawasan yang diwartakan di bawah sek. 4 untuk dimajukan oleh pihak negeri.
Kawasan Penempatan -
i.                    Bandar. Sek.6
ii.                  ii. Desa. Sek.5

AKTA TANAH (GSA) SKIM PERSEKUTUAN :
Mesti ada satu perjanjian diantara PBN dan agensi pembangunan Persekutuan seperti Felda dan Felcra.
Isi kandungan perjanjian terkandung di dalam sek. 34 (1) a-g.
Apabila PBN mengistiharkan sesuatu kawasan di bawah sek.4 akta GSA sebagai kawasan pembangunan Persekutuan, maka kawasan itu akan terletak hak kepada agensi berkenaan (Felda) menerusi pemakaian peruntukan sek.34 (2).

KUASA-KUASA FELDA
1.     Pembahagian kawasan penempatan. (Pengerusi).
2.     Pembahagian kawasan penempatan. (Pengerusi).
3.     Kebenaran menduduki pegangan desa. (Pengurus).
4.     Penentuan kawasan dan jumlah petak yang bersangkutan dengan pegangan desa. (Menteri).
5.     Senggaraan Daftar Pegangan Pegangan Desa. (Pengurus).
6.     Penguatkuasaan syarat.
7.     Pengutipan bayaran bayaran tahunan disatukan.
8.     Penetapan bayaran tahunan disatukan.
9.     Pelepasan kelayakan. (Menteri). Sek.19. Para 1 (1) jk.
10.   Kelulusan serah hak :
o   Pegangan Desa. (Pengurus). Sek.24.
o   Pegangan Bandar. (Pengerusi). Sek.29. Para 2 & 4(1) jk.
11.  Pemberian hak - pendudukan sementara. Sek.37 (b)
12.  Penguatkuasaan - pendudukan haram. Sek.30. Para 4(1) jk.
13.  Mendengar rayuan - Menteri. Sek.39
Bila bayaran tahunan disatukan telah selesai dibayar mengikut perjanjian, (Sek.34 (2)(d)), kawasan pembangunan tersebut akan terletak hak kembali kepada PBN. Kuasa-kuasa Felda seperti yang dinyatakan di atas ditamatkan, (Sek. 34 (3).

PEMBERIMILIKAN
Di dalam kawasan Felda, kuasa meluluskan pemberimilikan masih lagi di pihak PBN. [ Sek. 10 dan Sek. 38 (2) (k) ].
Pengurus boleh membenarkan pendudukan ke atas pegangan desa selepas kelulusan pemberimilikan. [ Sek.10 (1)(b) dan Sek.38 (2) ( ) ].
Felda tidak meluluskan pemberimilikan. Syarat-syarat pemberimilikan dikenakan semasa kelulusan, bukan pada masa tempoh pembayaran bayaran tahunan disatukan.

Pegangan Desa Dengan Bayaran Tahunan Disatukan :
  1. Kelulusan dibuat sebelum penguatkuasaan KTN.
  2. Syarat pemberimilikan ialah :-

a)    kawasan.
b)    tempoh milik.
c)    kadar cukai.
d)    kadar premium.
e)    bayar btd.
f)     syarat nyata.
g)    sekatan kepentingan.

Pegangan Desa Tanpa Bayaran Tahunan Disatukan :
  1. Kelulusan sebelum penguatkuasaan KTN.
  2. Syarat sama kecuali bayaran tahunan disatukan.

Pegangan Bandar
  1. Kelulusan sebelum penguatkuasaan KTN.
  2. Syarat-syarat adalah sama kecuali bahagian syarat nyata.

Kelulusan Selepas KTN :
       I.            Pegangan Desa.
a.     Syarat sama.
b.     Kenakan kategori
     II.            Pegangan Bandar.
a.     Kenakan kategori
b.     Syarat sama.

ISU & MASALAH :
  1. 1.     Pengwartaan.
  2. 2.     Senarai Daftar Pegangan.
  3. 3.     Perletakan hak.
  4. 4.     Syarat nyata.
  5. 5.     Cukai.
  6. 6.     Harta Pusaka.


Continue Reading...

Thursday, January 24, 2013

BAGAIMANA NAK KE LCCT DENGAN ERL??


Assalamualaikum W.B.T
Bagi pengguna tegar syarikat penerbangan tambang murah Air Asia, maka LCCT merupakan kawasan yang sangat selalu anda akan singgah. LCCT ialah terminal tambang murah atau lebih dikenali dengan nama Low Cost Carrier Terminal untuk Kuala Lumpur International Airport. Kiranya LCCT ni terminal untuk syarikat penerbangan tambang murah la.

Pada kebiasaannya, untuk ke LCCT menggunakan perkhidmatan awam ialah dengan menaiki Sky Bus & AeroBus (rujuk post bertarikh 05 November 2011 di sini)

Kini setelah lama beroperasi sebagai penyedia tren laju ke KLIA, Express Rail Link atau ERL turut menyediakan perkhidmatan untuk LCCT melalui perkhidmatan KLIA Transit.

Kalo naik dari KL Sentral, tambang yang dikenakan adalah RM12.50. Manakala kalo naik dari stesen Bandar Tasik Selatan, tambang yang dikenakan hanyalah RM10.80.





Setiap tambang yang dikenakan ni adalah bayaran sekaligus untuk shuttle bas dari stesen Salak Selatan ke LCCT (kerana perkhidmatan tren ini belum mengembangkan sayapnya ke LCCT sepenuhnya, maka terpaksa menggunakan shuttle bas).

Masa yang diambil lebih rendah berbanding Sky Bus yang disediakan Air Asia yang biasa mengambil masa lebih dari satu jam untuk ke LCCT. Namun, dengan menggunakan ERL, maka masa perjalanan dijimatkan.




Continue Reading...

Sunday, January 20, 2013

PANDUAN KE LCCT DARI HENTIAN BAS PEKELILING @ KL SENTRAL


Assalamualaikum W.B.T...

Mungkin ada antara kita yang dah selalu pegi LCCT KLIA. Mungkin ada yang selalu pegi naik kereta ataupun teksi. Mungkin ada yang selalu pegi naik train dan mungkin ada yang selalu naik bas. Tapi~ mungkin ada jugak yang belum pernah ke LCCT tapi nak pegi ke sana.

Ha~ dalam post kali ni aku nak share skit panduan ke LCCT secara umum. Ini pun sebab aku selalu ke sana. Hehehe ~ Apa tu LCCT? Ia adalah singkatan dari perkataan Low Cost Carrier Terminal kat KL International Airport, Sepang. Panduan ni untuk sape-sape nak pegi ke KL sampai ke KL Sentral pastu naik bas ke sana. Panduan naik transport awam la katakan.

Mula-mula kalau sesiapa yang dari Pahang (sebab aku orng Pahang) akan berhenti di Stesen Bas Pekeliling @ Titiwangsa. Lepas tu guna jejantas kat tepi tu pergi ke Stesen Monorail. Then beli tiket monorail berhenti dekat stesen KL Sentral (RM 2.50). 

KL MONORAIL

ULAT BELUNCAS
Kalau dari lain2 negeri tu korang berhenti dekat Stesen Putra atau Pudu pun kena pergi KL Sentral dulu. Dari stesen KL Sentral korang kena naik bas ke LCCT. Stesen bas tu terletak di bahagian bawah KL Sentral. Kena jalan keluar pergi dekat pintu masuk yang ada kaunter aiskrim McDonald. Kena turun tangga ke bawah.

Ada 2 perkhidmatan bas untuk ke LCCT. Satu ialah Aerobus yang berwarna kuning dan satu lagi SkyBus yang berwarna merah. Aku pernah naik dua-dua bas tu dan aku sarankan korang naik SkyBus. Interior SkyBus cantik dan bersih sikit. Harga tiket untuk satu perjalanan sehala ialah RM 8.00 untuk Aerobus dan SkyBus RM 9.00. SkyBus mahal seringgit je. Kalau korang nak tau waktu perjalanan SkyBus korang boleh tengok gambar kat bawah ni. Hampir setiap setengah jam akan ada satu bas.
AEROBUS
TIKET AEROBUS
JADUAL AEROBUS
SKYBUS
TIKET SKYBUS
JADUAL SKYBUS
Perjalanan dari KL Sentral ke LCCT ambil masa lebih kurang 60 – 80 minit. Pandai-pandai la nak set waktu. Lepas tu sampai la kat LCCT. Mudah je, perjalanan balik sama je sebab korang kena naik bas tempat korang diturunkan. Semoga post ni dapat jadi panduan untuk semua.
If rasa nak cepat dgn naik ERL rujuk "di sini"

Continue Reading...

Followers

Follow The Author