Wednesday, November 7, 2012

MH3562 ~ TWIN-OTTER MASWING TERGELINIR DI LAPANGAN TERBANG MARUDI, SARAWAK


MH3562~ Twin-Otter MASwing
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bukak2 internet je petang ni, terus dapat berita yang x sedap didengar. Kejadian pesawat tergelincir di Sarawak...

Dikhabarkan sebuah pesawat jenis twin-otter milik MASwings tergelinir semasa mendarat di Lapangan Terbang Marudi namun dua juruterbang dan 17 penumpangnya selamat.

Ketika kejadian, pesawat berkenaan sedang mendarat di landasan terbabit pada jam 3.33 Petang dengan keadaan cuaca cerah dan tidak hujan. Selepas mendarat, penerbangan MH3562 itu tergelinir pada anggaran 40 meter dari landasan mengakibatkan bahagian depan pesawat tersebut menjunam masuk ke dalam parit kecil berhampiran landasan tersebut.

Hanya seorang penumpang wanita berumur 26 tahun dilaporkan edera ringan iaitu bengkak di kaki dan diberi rawatan pesakit luar. Lapangan Terbang Marudi sehingga kini masih ditutup untuk kerja mengalihkan pesawat terbabit dengan segera dan punca kejadian akan disiasat oleh Jabatan Penerbangan Awam.

Alhamdullilah, x da penumpang yg maut dalam kejadian tersebut..
Continue Reading...

Wednesday, October 24, 2012

KAPAL TERBANG ATR 72 (MASWING) TERHEMPAS DI LAPANGAN TERBANG KOTA KINABALU

Assalamualaikum W.B.T & Salam sejahtera...


Maklumat Terkini : Menurut laporan terkini dari Facebook Jabatan BOMBA & Penyelamat Malaysia pada jam 12:35 Malam (24/10/12) sebentar tadi..

Kapal terbang ATR 72 MASWING terhempas dan menyebabkan seramai 14 orang meninggal dunia serta berlaku kebakaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah.

BOMBA sedang melakukan kerja-kerja penyelamatan. Harap Maklum.


Post ini diambil daripada Tautan Facebook Page Rasmi Jabatan BOMBA & Penyelamat Malaysia. Screen Capture yang memaparkan Status Page tersebut dikeluarkan pada jam 12:35 AM 24/10/12,

Walaubagaimanapun, maklumat tersebut ditarik kembali dan digantikan dengan post terbaru pada jam 0100 AM 24/10/12 :-


Menurut sahabat yang berada berhampiran dengan tempat kejadian mengesahkan kejadian itu hanyalah sebahagian daripada "FIREDRILL" yang diadakan secara mengejut tanpa pengetahuan semua pihak dalam memastikan & menganalisa semua agensi pesawat bersedia menghadapi sebarang kemungkinan...

* Terkenang kejadian Pesawat Fokker 50 terhempas di Tawau pada hari Jumaat 15 September 1995... Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat.... 

KISAH FOKKER 50 MAS boleh dilihat disini :-


Continue Reading...

Followers

Follow The Author